
Pilihan kita selalunya mudah sebab nak cepat. Betul tak? Ramai yang fikir kalau senaman itu hanya boleh dibuat di gym, atau di taman tetapi mereka tidak sedar yang dengan hanya menaiki tangga ianya mampu untuk membakar lemak dengan syarat ianya haruslah konsisten.
Kebanyakkan orang tak pandang benda yang kecik-kecil,yang kecil ini kalau kita lakukan secara konsisten kesannya akan besar.
Naik tangga dengan PERCUMA pun tak nak ke? Jangan pakai alasan “tak larat”, “tak sempat’ atau alasan yang selalu di dengan “nak cepat ni”.
Tips
Jika kita dah merasa tak selesa dengan menaiki tangga, maksudnya otot kita sudah tidak mampu menampung badan kita sendiri. Ini mungkin sebab
- Badan terlalu berat
- Badan tidak menerima nutrisi sepatutnya (asyik makan makanan yang mengandungi tepung,minyak dan gula)
- Otot dah mengecil
Memilih dengan memakan makanan yang kita makan setiap hari adalah sangat penting. Jangan membiarkan lemak menjadi penghalang kita untuk hidup sihat. Jangan salahkan kegemukkan kerana kegemukkan itu datang dari diri kita sendiri sebab tidak dikawal.
Ubah gaya hidup kita sekarang !