UMUR MENINGKAT, BERAT BADAN PUN MENINGKAT.

Selama lebih 10 tahun bekerja dalam bidang membantu mereka yang mengalami masalah lebihan berat badan, saya banyak perhatikan di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga saya sendiri, ramai mereka mengalami kenaikkan berat badan sedikit demi sedikit bila umur meningkat.

Tak kira lelaki atau wanita, semua sama je.

Ketiadaan penyelesaian terhadapĀ masalah ini membuatkan masing-masing tidak mengambil berat terhadap perubahan berat badan ini dan menggangap semua ini adalah proses penuaan yang tidak dapat dielakkan.

Pendek kata “If you can’t beat them, you join them”

Kenapa bila umur meningkat, berat badan naik?

Bila umur meningkat, kadar metabolisma menurun tetapi malangnya kadar makan menaik. Akibatnya, berat badan naik. Orang yang kurus masa muda dulu pun bila mencapai umur 40’an, ramai akan mengalami masalah kenaikkan berat badan dan mereka tak tahu kenapa.

Nasihat saya untuk semua yang mengalami perkara yang sama, belajarlah untuk dapatkan gaya hidup yang sihat dengan mengubah tabiat pemakanan kepada yang lebih sihat dan menambah aktiviti fizikal harian anda.

  • Ambil pemakanan seimbang dengan portion:
    • Karbo
    • Protein
    • Fiber
  • Konsisten dalam bersenam
    • Senama low intensity dan mudah
    • konsisten 3-5 kali seminggu

Buat tindakan sekarang ya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *