Saya Coach Asriah. Izinkan saya cerita mengenai diri saya sendiri, semuga menjadi pengajaran dan inspirasi.
Masa bernikah ketika umur saya 24 tahun dulu, saya juga saperti orang lain, mempunyai berat badan sihat dan tak gemuk. Selepas melahirkan anak pertama, kedua dan ketiga, pun tak de masalah. Berat badan saya maintain lagi.

Bila melahirkan anak ke-4 dan ke-5, berat badan saya terus naik. Saya tak tahu kenapa. selera makan pun bertambah, tak dapat dikawal. Asyik lapar jer.
Tumit saya mula rasa sakit, badan terasa amat letih dan malas. Saya tak boleh jalan seiring dengan suami, selalu tertinggal di belakang, atau suami saya terpaksa berjalan perlahan untuk jalan seiring dengan saya.
Ketika itu saya mula terfikir untuk cari jalan nak turunkan berat badan. Saya tak berani ambil apa-apa ubat pill kurus, atau apa-apa produk yang banyak dijual di pasaran. Satu cara yang terlintas dalam fikiran saya ialah exercise.
Malangnya, saya bukan orang suka exercise, tapi saya tak ada pilihan. Berat badan saya menaik dan umur ketika itu baru awal 40’an. Kalau saya tak buat sesuatu, saya takut berat badan saya akan capai 100kg tak lama lagi.

Saya takut saya akan mengidap penyakit darah tinggi atau sakit jantung. Umur saya masih muda. Anak-anak masih kecil dan memerlukan didikan dan kasih sayang untuk membesar.
Maka saya exercise ikut apa yang ramai orang kawasan setempat itu lakukan, iaitu, panjat bukit. Dekat kawasan tempat tinggal kami masa tu ada sebuah bukit yang mudah didaki dan dijadikan tempat aktiviti riadah setiap hari.
Selama sejam saya daki bukit tu setiap hari. Saya malas nak lakukannya, tapi saya tidak ada pilihan. Saya mesti buat. Saya nak turunkan berat badan.
Hampir sebulan saya lakukannya hampir setiap hari, berat badan saya tak turun juga. Saya amat kecewa. Tak tahu apa yang perlu saya buat lagi.
Agak siapa yang pernah merasa apa yang saya rasa dulu? Siapa pernah dalam keadaan kecewa, tapi tak tahu nak buat apa?
Siapa agak rasa nak give up, nak jadi apa jadilah. Ini semua takdir. Saya tak ada harapan lagi untuk kurus.
Siapa agak rasa saperi di atas?
Saya berjaya turunkan berat badan saya sebanyak 13kg selepas mengetahui cara-cara turunkan berat badan saya dengan sihat dan focus kepada penjagaan makanan
Ikhlas
Coach Asriah
Kalau tak sabar nak tahu solutionnya, sila tekan link bawah untuk mesej saya terus yaMesej Coachhttp://m.me/coachallenasriah