Pada 28 Disember 2022 lepas, kami ke Kota Kinabalu sebab emak saya dimasukkan ke dalam wad hospital. Masa lawatan terhad iaitu antara 12pm – 2pm dan 4:30pm – 7pm. Disebabkan itu, jadual makan kami juga tersusun ikut jadual melawat tadi.
Sarapan Pagi
Setiap pagi kami akan minum air sekitar 500ml ke 1000ml. Biasa air ini dicampur dengan Aloe dan TeaMix Herbalife.

Kami akan ambil shake F1 dan F3 protein sebagai sarapan. Semua ini selesai sebelum jam 9am.
Lunch
Jam 11am, kami akan ke restaurant favorite kami, Taliban Food Center untuk lunch, makan roti nan kismis dan kari kambing. Memang sedap. Kami makan sini 3 hari berturut.
Lepas lunch, kami akan terus ke hospital sampai malam bersama arwah emak saya.
Dinner
Dalam jam 7:30pm, kami akan terus ke kedai makan Restaurant Sri Melaka untuk makan nasi, lauk dan sayur. Kami juga makan di kedai yang sama ini selama 3 hari berturut. Pelayan kedai tu pun dah kenal kami

Walaupun nampak masakan berminyak, tapi saya percaya kalau makan secara sederhana, cukup sehindangan (tak bertambah), ia tidak memberi kesan kepada kenaikkan berat badan.

Kami juga makan di kedai arab yang saya rasa masakannya terlebih gula dan lemak.

Kesimpulan
Secara ringkasnya, apa yang perlu dipelajari sini ialah:
- Pastikan cukupkan minum air kosong setiap awal pagi
- Jangan miss ambil sarapan shake dan protein tambahan (F1 + F3). Saya tak ambil sarapan lain saperti nasi lemak, roti canai, roti mentega dan laion-lain. Hanya Herbalife shake.
- Makan ikut jadual – Sarapan, Lunch dan Dinner
- Elak snacking tak sihat
- Be active sepanjang hari
- Minum air kosong je bila-bila masa. Elak minum air bergula
- Cukupkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari
- Tidur awal dan bangun awal
Disclaimer: Result atas adalah tidak tipikal. Result individu berbeza-beza bergantung kepada keadaan badan seseorang dan juga gaya hidup yang diamalkan.