Saya Coach Allen. Izinkan saya pulak cerita mengenai diri saya sendiri, semuga menjadi pengajaran dan inspirasi.
Saya tidak pernah ada masalah berat badan sejak muda lagi. Saya aktif bersukan – main bola dan berjogging.

Selepas universiti, saya sibuk dengan karier dan selepas itu menceburkan diri dalam perniagaan. Berat badan saya masa tu menaik sedikit demi sedikit.
Seluar yang saya pakai berubah setiap tahun, dari saiz 29, ke saiz 30, lepas tu 32, 33 dan akhir sekali ialah 36. Ketika ini, saya dah semakin malas bersenam sebab berat badan dah lebihan 10kg. Lutut dan belakang terasa sakit bila dipaksa juga berjogging.
Saya teringat lagi, masa tu kawan-kawan saya dah ada yang makan pil darah tinggi dan kolestorel. Saya jangka masa tu, saya juga akan join mereka. Saya tak nampak jalan untuk menambah baik kesihatan saya.

Ramadan 2006 adalah titik tolak saya berubah. Seluar saya saiz 36 pun dah terasa sempit. Saya dah terfikir nak tukar saiz lagi ke saiz 38. Disitulah saya membuat keputusan untuk ikut program 21 Hari, turunkan berat badan cara yang kami amalkan sekarang.
10 hari sebelum Ramadan, saya dah mula ikut program dan sehingga Hari Raya itu, saya dah berjaya turunkan berat saya sebanyak 6kg.
Seluar saya dah longgar, dan bestnya tali pinggang saya terpaksa dibuat lubang tambahan sesuai dengan saiz perut saya yang baru.
Bila berat badan turun, barulah saya mula bersemangat nak bersenam dan bersukan. Sebab masa itu saya terasa energy saya bertambah dan badan bertambah ringan.
Alhamdulillah sehingga kini, selepas 13 tahun saya masih maintain berat badan saya dan dalam masa yang sama membantu orang lain juga untuk sama menikmati berat badan sihat.
Siapa agak sama saperi saya di atas?
Saya agak ramai je orang saperti saya, tak tahu nak buat apa bila berat badan semakin menaik.
Jika anda juga lalui pengalaman sama dengan apa yang pernah saya lalui, sudi kiranya boleh share pengalaman anda?

Bolehlah tinggalkan komen sini sama-sama kita belajar dari pengalaman satu dengan lain.
Ikhlas
Coach Allen
Kalau nak tahu solutionnya sekarang, sila tekan link bawah untuk mesej saya terus ya