“Jangan ikut program tu. Nanti bila you dah stop, berat badan naik semula”
Biasa tak dapat komen saperti itu bila you all nak join mana-mana program turun berat badan?
Lagi menyedihkan, yang buat komen tu orang yang tak pernah berjaya dalam usaha mereka untuk turun berat badan. Dan mereka selalu very convincing. Lagi teruk, orang percaya dengan percakapan diaorg ni 😭

Antara sebab orang gagal dalam usaha turun berat badan ialah mereka menganggap program diet ini sebagai kelas intensif.
- mereka melihat usaha turun berat badan satu usaha jangka masa pendek. Habis je program, balik ke corak hidup asal.
- mereka tak suka kehidupan healthy lifestyle. Kata je nak kurus, tapi hati nak juga makanan tak sihat tu dan tak suka pada makanan sihat.
- mereka belum bersedia untuk berubah. Malah mereka tak sabar-sabar menunggu masa habis program. ‘Rindu’ sangat pada kehidupan lama yang membuatkan mereka naik 30kg tu.
- Mereka tidak suka melihat pada progress perubahan gaya hidup. Contoh, dulu tak boleh berlari, sekarang dah boleh berlari. Dulu mengah naik tangga, sekarang lebih bertenaga dan suka naik tangga.
- Mereka tidak bersedia menyediakan budget untuk kehidupan sihat. Contoh protein dan makanan sihat adalah lebih mahal berbanding dengan nasi lemak bungkus atau roti kosong.
Banyak lagi kalau nak list kan. Pendek kata, nak turun berat badan dan maintain kurus ni memerlukan perubahan gaya hidup.
Kehidupan kita berubah;
- Mengambil sarapan sihat setiap pagi
- minum air lebih 2 liter sehari
- nasi sedikit
- makan ikut portion
- kurangkan/elakkan fastfood
- suka exercise
- tak miss healthy snacking
- pilih karbo sihat
- tak suka makanan goreng
- suka makan sayur fresh
- tak pernah miss protein sihat
Itu sebab dalam program Online Coaching #TeamBestNyeKurus kami amat tekankan kepada perubahan gaya hidup dari diet semata-mata.
Focus kami nak ubah gaya hidup mereka, bukan turunkan berat badan semata-mata. Kalau setakat nak turun berat badan, semua orang boleh.
Kalau focus kepada perubahan gaya hidup, mereka lebih mudah maintain berat badan mereka selama-lamanya. Ini sebab mereka seronok dan gembira dengan gaya hidup baru mereka yang lebih sihat. Mereka sayang nak rosakan kehidupan baru mereka
Jangan lagi risau pada apa orang nak kata jika you all nak join mana2 program ya. Pastikan anda focus kepada PERUBAHAN GAYA HIDUP.