Letihlah Bila Berdiet

Adakah anda berasa letih bila mula berdiet, nak turunkan berat badan?

Kalau letih berpanjangan tanpa sebab, makna diet tak balance.

Bila kita berdiet nak turunkan berat badan, kita akan menghadkan pengambilan kalori supaya ia lebih rendah dari apa yang badan perlukan. Katakan, badan perlu 1750 kalori sehari, dan kita hadkan pengambilan makanan kepada hanya 1400 kalori sehari. Untuk memenuhi keperluan tenaga sepanjang hari, badan akan menukarkan lemaknya kepada bentuk kalori untuk terus memberikan tenaga. (Bila lemak digunakan untuk tenaga, berlakulah proses turun berat badan).

Untuk memenuhi proses penukaran lemak kepada kalori tadi, badan perlu beberapa elemen makanan penting. TANPANYA, proses menukar lemak itu tidak dapat berlaku dengan sempurna, dan badan akan merasa sangat letih. Apakah antara elemen yang diperlukan (secara kasar)?

1. Protein – protein akan dipecahkan kepada beberapa jenis amino acid, dan antaranya akan membantu meningkatkan metabolisma badan.
2. Micronutrien (Vitamin, mineral dsb) – Ini adalah elemen halus yang badan perlu dalam kuantiti yang sedikit tetapi berterusan untuk membantu menjalankan proses metabolisma.
3. Air
4. Oxigen
(Ini adalah penerangan secara kasar untuk mudah difahami maksud posting)

KESIPALAN DALAM BERDIET- ialah bila kita menghadkan makanan dengan tujuan untuk menghadkan pengambilan kalori tadi, TANPA DISEDARI, kita juga menghadkan pengambilan nutrien-nutrien penting YANG BADAN PERLUKAN UNTUK MEMBAKAR LEMAK. Diet saperti ini biasa dilakukan oleh golongan yang suka kepada ‘crash diet’ atau diet berlapar.

Apa yang kami offer kepada coachee2 kami ialah untuk pastikan mereka
1 Menghadkan pengambilan kalori dan,
2. Memperkayakan badan dengan nutrient bagi membantu membakar lemak.

Hasilnya adalah luar biasa. Mereka 
>lebih bertenaga, lebih banyak kerja boleh lakukan (kurang nak tidur)
>turun berat badan dengan shaping,
>kulit tak gelebeh
>kulit muka improved
(dengan syarat ikut program betul-betul)

Ini adalah transformation bukan saja berlaku luaran, tetapi juga berlaku dalaman.

Siapa yang berminat kepada coaching cara ini, sila whatsapp nyatakan minat anda ke 0126181095

Coach AllenAsriah

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *