EMAK JATUH COMA TEMAN ANAK LARIAN MERDEKA

Bertahun-tahun dulu, coach teringat ada seorang emak jatuh pengsan dan terus coma ketika temankan anaknya bersama Larian Merdeka. Dia kena stroke dan terus tak sedar diri.

Coach rasa kesian kat anak dia sebab mulanya seronok emak dapat ikut lari bersama keluarga. Tapi keseronokan bertukar menjadi tragedi.

Dua bulan dah berlalu, emak masih tak sedar dan ayahnya pulak kahwin lain. Emak terbaring di bawah jagaan ibu mertuanya. Dia meninggal dunia 2 tahun selepas itu.

Arwah sebelum ini mempunyai masalah darah tinggi dan lebihan berat badan. Mungkin dia rasa semangat nak exercise bersama keluarga, sempena Larian Merdeka. 

Bersenam tanpa ilmu boleh bawa kepada kekecewaan

Coach rasa ramai orang ada masalah saperti lebihan berat badan dan darah tinggi dan yang menjadi masalah lagi ialah bila dia tak tahu nak kuruskan berat badannya. 

Dia nak berusaha nak kurus, tapi setiap apa yang dilakukan setiap hari bukan membantu dia untuk kurus, malah naik lagi berat badan.

Perkara yang selalu disebut 
“Saya tak tahu kenapa berat badan saya asyik naik…”
“Saya berat air kot….”
“Keturunan saya memang dah besar badan….”
“Saya dah exercise tapi tak turun juga…”

Yang menjadi bahayanya bila kita tak tahu sebab dan cara nak turunkan berat badan, mungkin kita berakhir saperti wanita diatas. Ini yang membimbangkan.

Anak kehilangan ibu, ayah pulak kahwin lain, dan ibu mertua yang menjaga. Walaupun semua itu dengan izin Allah, tapi bukankah Allah memberi ruang untuk kita berubah.

Menjaga kesihatan bukan untuk kebaikkan sendiri saja, tetapi untuk kebaikkan sekeluarga

Marilah sama-sama ya berusaha untuk berubah, mencari jalan terbaik untuk mendapatkan berat badan sihat dan aktif. Ini bukan untuk diri kita sendiri je, tapi juga untuk anak-anak, suami/isteri, emakbapa, ahli keluarga dan masyarakat secara amnya.

Semuga cerita ini menjadi pengajaran bersama.

Siapa ada cerita serupa atau boleh jadi pengajaran kita bersama, nak share dengan coach, tinggalkan komen, coach nak juga baca pengalaman-pengalaman you all semua.

Terima Kasih

This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *