
Semua orang takut dijangkiti penyakit COVID-19 atau Coronavirus yang sekarang menular menjangkiti ramai manusia seluruh dunia. Ia bagaikan satu serangan musuh yang ghaib (invisible), tak kira bangsa dan sempadan.
Sehingga artikel ini ditulis, seramai lebih 1.1 juta kes jangkitan dan 59,200 kematian telah direkodkan. Di Malaysia sahaja, seramai 3,333 kes dengan 53 kematian dilapurkan (setakat 5:20pm 4 April 2020 rujukan https://www.worldometers.info/coronavirus/)
Belum Ada Vaccine Untuk Virus COVID-19
Setakat ini, belum ada cara seorang yang dijangkiti COVID-19 boleh diubati atau diberi vaksin yang boleh menyembuhkan. Rawatan hanya hampir serupa kepada apa yang diberikan untuk pesakit influenza (selsema bermusim) dan bila pernafasan semakin tidak dapat dikawal, mereka akan diberikan “supportive care” dengan bantuan alat sokongan pernafasan.
Rawatan pada asasnya merawat simpton, yang sering berlaku pada pesakit COVID-19 saperti demam, batuk dan sesak nafas. Bagi kes-kes yang ringan, ini termasuk rehat dan diberikan ubat bagi melegakan demam dan rasa kurang selesa. Bagi kes-kes yang lebih serious, mereka akan diberi alat bantu pernafasan (ventilator).
Keadaan akan menjadi lebih parah jika jumlah pesakit semakin bertambah dan pihak hospital tidak mampu menyediakan ventilator yang mencukupi.

Obesiti Boleh Melemahkan Sistem Imun Badan
Saperti yang disebut tadi, buat masa sekarang, tiada sebarang ubat atau vaksin yang ada boleh membantu menyembuhkan penyakit yang disebabkan COVID-19. Hanya bergantungkan kepada kekuatan sistem imun dalam badan masing-masing.
Obesiti pulak, melemahkan sistem imun dalam badan. Di United Kingdom, berita Mail Online melapurkan hampir 2/3 pesakit yang kritikal di negara itu adalah obes.
Sistem imun orang gemuk sentiasa dalam keadaan tertekan disebabkan keadaan mereka yang obes. Bila ditambah pulak dengan serangan COVID-19, badan tidak lagi mempunyai lebihan kekuatan untuk melawannya.
Orang yang obes juga ada kecendrungan untuk tidak amalkan pemakanan sihat yang menjadi keperluan untuk menguatkan sistem imun. Makanan saperti buah-buahan, sayur-sayuran, protein sihat, lemak sihat bukan merupakan pilihan kebiasaan orang-orang yang obes.
Lebihan lemak juga antara penyumbang utama kepada kelemahan sistem imun. Ia membebankan paru-paru dan menyekat penyerapan oksigen dalam darah. Kekurangan oksigen ini menyebabkan badan lemah melawan virus.

Tanggung Jawab Diri Sendiri – Kawal Diri Dari Obes
Alhamdulillah, Malaysia masih dalam tahap yang terkawal dari merebaknya COVID-19 seluruh negara. Kerajaan dan rakyat nampak bekerjasama rapat dalam usaha menangani wabak ini.
Apa yang kita boleh lakukan sebagai individu ialah memastikan diri sendiri mempunyai sistem imun yang baik. Disamping menjaga pemakanan harian, jika keadaan diri sendiri sekarang dalam tahap obes, atau lebihan berat badan, ambillah peluang sempena Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) ini, sambil duduk di rumah, usahakan untuk turunkan berat badan.

Manfaatnya bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga buat keluarga yang tersayang, kepada masyarakat dan amnya negara Malaysia yang kita cintai. Buatlah untuk agama, bangsa dan negara.
Ancaman virus COVID-19 ini dijangka berterusan sehingga hujung tahun ini walaupun mungkin Perintah Kawalan Pergerakan dihentikan. Selain amalan social distancing, membasuh tangan dan memakai face mask, amalan gaya hidup sihat – menjaga pemakanan dan bersenam – dan menurunkan berat badan akan sangat dapat membantu.
Jadikan ini alasan yang kuat untuk mulakan sekarang.
Program Kurus 21 Hari – TeambestNyeKurus
Program ini dijalankan semua melalui online iaitu melalui Whatsapp dan Facebook. Sangat sesuai terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan sekarang.
Program ini dah berjaya membantu ramai orang turun berat badan secara sihat, dengan belajar cara sediakan makanan seimbang dan membantu ubah tabiat. Ini sudah pasti dapat membantu meningkatkan sistem imun sistem badan.
Untuk dapatkan tempat dalam Online Coaching Program ini, bolehlah klik link bawah
Lebih baik jadikan peristiwa bersejarah ini mengubah diri sendiri kepada orang yang lebih baik, sihat dan yang lebih penting, mampu berkongsi pengalaman dengan generasi masa hadapan.