Ramai orang takut makan nasi. Mereka ingat nasi putih tu menggemukkan.
Ada yang kata… “Akak tak makan banyak pun, tapi badan akak naik, nasi sikit je”
Ada pulak yang kata… “memang dah badan akak macam ni, makan sedikit pun badan naik”.
Malah ada yang control makan sampai breakfast skip, makan tengah hari skip. Tapi ada benda yang tak skip…. Apa dia tu?
Sepanjang pengalaman saya dalam coaching, ramai juga yang tak turun berat badan, alasan ‘easy way out’ mereka ialah…. “produk tak serasi…” “badan saya tak boleh turun…” Lepas tu, Give up. Cepat sangatlah mereka nak give up.
Actually banyak sebab kenapa tak turun. Posting kali ini saya nak share mengenai snek atau makanan ringan. Ramai orang tak perasan makan sedikit-sedikit ni, sebenarnya boleh mengagalkan proses turun berat badan. Serious!
Contoh:
Pisang goreng, kuih muih, dan apa-apalah yang bergoreng makanan hidangan petang, biskut, keropok, maruku. Pendek kata, apa-apa makanan yang berasaskan TEPUNG, LEMAK (MENTEGA) dan GULA… kalau tak dikawal, inilah formula naik berat badan.
Kalau makan sekali-sekala tak pe. Kalau sambil tengok tv, atau sembang-sembang membawang, semangkuk habis juga tu. Itu baru sesi pagi. Sesi petang pulak? Malam lagi.
Contoh

Cuba perhati gambar di atas. Kalau kita ambil 3 keping biskut je, dah 114 kalori. Saya nak tanya, berapa keping biscuit selalu kita makan? Saya rasa paling kurang 9 keping. Berapa kcal? 345kcal.
Nasi 1 cawan (hidangan biasa) baru 200 kcal. Kenapa nasi juga dipersalahkan 😭

Cuba perhati pulak aktiviti yang perlu membakar 345 kalori tadi. Kena main tenis 1 jam untuk bakar 9 keping biskut tadi. ATAU jogging 50 MINIT tanpa berhenti. Aaahhh fikir-fikirlah sebelum makan. Tanya diri sendiri, boleh ke aku bakar kalori banyak tu bila aku makan nanti. Lagilah kalau kita ni jenis duduk ofis, atau jenis tak begerak whole day, lagi susah.
Itu baru cerita makan biscut! Belum air manisnya, kacang salut tepung, dan banyak lagi makanan yang ada di Malaysia ni….. SEPANAJANG HARI….. 24 jam pulak tu!!

Percaya tak? Kalau saya tinggalkan awak di satu pulau di tengah lautan, tak wujud makanan proses, tepung, gula, pengawet dan apa-apa makanan segera yang moden ni, GUARANTEE badan awak pasti turun. Makanlah ikan, pisang, dan pelbagai herba yang secara aslinya yang ada di pulau tu. Tak kiralah awak keturunan gemukkah, keturunan kencing maniskah, insyaAllah berkesan! Amacam? Nak cuba?
Ramai tak sedar sebenarnya bahawa snek tinggi kalori antara yang mengagalkan program turun berat badan.
Snek Dalam Program Turun Berat Badan
Dalam program turun berat badan pun ada snek, malah wajib ambil. Kalau tak ambil, kena tegur coach hehe. Antara contoh adalah:





Snek diambil in-between meals. Contoh, antara breakfast dan lunch, dalam sekitar jam 10 pagi. Snek seterusnya ialah antara lunch dan dinner, dalam sekitar jam 3-4 petang.
Meal Plan sihat ialah, 3 meal dan 2 healthy snack. 5 kali makan sehari! Mana ada program turun berat badan boleh makan 5 kali sehari?
Dulu saya pun tak tahu semua ini. Tapi bila dah ikut program turun berat badan saperti Program Kurus 21 Hari oleh TeamBestNyeKurus, banyak sangat ilmu yang saya dapat. Sekarang saya pulak coaching orang dan sama juga saya dapat feedback. Mereka sebelum ini makan tak tahu hala tuju. main ikut suka je. Sekarang bila dah ikut program, dah pandai memilih makanan yang sihat atau yang menggemukkan.
Lengkapkan diri dgn ilmu. Ilmu tu penting. Beramal tanpa ilmu… sesat!