
.
Selamat Tahun Baru 2019. Hari ini ramai orang sibuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Tambah-tambah ibubapa anak darjah 1. Mesti sibuk menunggu di sekolah kan?
.
Satu perkara yang selalu ibubapa lupa ialah penjagaan makanan anak-anak mereka SETIAP HARI. Mungkin disebab ibubapa sendiri sibuk, anak-anak mereka akan terdedah setiap hari kepada
✘ makanan tinggi lemak
✘ air manis yang berterusan
✘ kurang protein dan khasiat lain
✘ makanan ringan yang tidak sihat
.
Makanan tak sihat akan membuatkan pertumbuhan pembesaran mereka juga terganggu. Kanak-kanak membesar sangat memerlukan kepada makanan berkhasiat. Disebabkan gangguan mendapatkan makanan khasiat, kesannya:
✘ selera bertambah (tindak balas badan untuk dapatkan khasiat dalam makanan)
✘ letih – malas aktif
✘ lebih memilih aktiviti kurang pergerakkan – main video game, tonton TV.
✘ Banyak tidur

.
Semua ini akan lebih mempercepatkan proses obesiti berlaku dengan pantas.
.
Kanak-kanak ini perlu mendapat bimbingan dari ibubapa mereka, BUKAN arahan “awak mesti minum air kosong, bukan air manis”.
.
Anak-anak tidak suka diarah. Mereka akan menentang. Tambah-tambah bila IBUBAPA MEREKA SENDIRI MENGALAMI MASALAH OBES.
.
Solution kepada perkara ini adalah hanya satu. Nak tahu? Jawapannya adalah mendidik anak-anak tersebut mengamalkan tabiat hidup sihat melalui contoh dari orang yang mereka sayangi.
.
Ini hanya boleh berlaku bila seleuruh ahli keluarga mengamalkan perkara yang sama. Anak-anak akan melihat apa ibubapa mereka lakukan.
.
Jika ibubapa mengamalkan hidup sihat, aktif dan ceria, MEREKA JUGA AKAN IKUT.
.
Saranan coach, IBUBAPA MULAKAN DULU. Belajar ilmu pemakanan sihat, amalkan dan turunkan ilmu itu secara praktikal kepada anak-anak sendiri.
.
lakukan ini UNTUK DIRI SENDIRI demi kasih sayang anda pada anak-anak anda sendiri.
.
Ingat ya… perkara yang kecil yang dibuat setiap hari dan dianggap suatu yang ‘menggembirakan mereka’ mungkin akan membawa kerosakan pada kehidupan mereka di kemudian hari kelak.
.
SAYANGI ANAK ANAK ANDA dengan anda melakukannya pada diri anda sendiri terlebih dahulu.
.
Moga peringatan membawa manfaat untuk semua.
.
CoachAllenAsriah