APAKAH FALSAFAH KESIHATAN ANDA?

Masalah ramai orang nak turunkan berat badan tidak memikirkan kepada “kenapa sebenarnya mereka gemuk”?


Mereka sering salahkan
– keturunan
– tak berdisiplin
– keadaan tempat kerja
– tak ada masa nak fikir
– suami (atau isteri)


Padahal semua punca kegemukan mereka berpunca kepada apa falsafah yang mereka pegang.


Contoh:

– bagaimana mereka lihat makanan? Sihat atau sedap?
– bagaimana mereka melihat aktiviti exercise? Seronok atau memenatkan? 
– bagaimana mereka melihat sayur? Sihat atau membosankan
– bagaimana mereka melihat minum air yang cukup? Penting atau tak best, asyik nak kencing jer. 
– bagaimana mereka melihat kawan2 yang selalu menjaga makan? Semangat utk ikut atau membosankan, tak nak join.
– bagaimana mereka melihat tangga? Seronok nak naik atau benci, nak cari lift juga.
– bagaimana mereka melihat TV? Buang masa atau seronok nak tengok sambil makan popcorn
– bagaimana mereka melihat kesihatan? Itu anda jawab sendiri..
SEMUA JAWAPAN KEPADA SOALAN ATAS SUDAH BOLEH MEMBERI GAMBARAN SAMADA MEREKA BOLEH BERJAYA TURUN BERAT BADAN DAN MAINTAIN ATAU TIDAK.


Nak turun berat badan bukan ada formula makan ubat, atau makan herba, terus turun dan tak perlu fikir pasal amalan kehidupan harian. Ia melibatkan perubahan gaya hidup kepada yang lebih sihat.


Fitrah yang Allah jadikan manusia ialah bila mereka terlebih makan kalori yang tak sihat, hasilnya naik berat badan. Dah ini terbukti melalui sains dan result pun dah nampak seluruh dunia. Obesity meningkat tahun demi tahun.


Dalam Online Coaching Program kami, ini yang sangat kami tekankan. Coach nak coachee faham bila dah ikut program, dan dapat result, mereka sekurang2nya faham 
– kenapa berat badan naik
– apa jenis makanan yang berkhasiat
– apa jenis aktiviti membantu kesihatan

Kesemua ini akan membantu membentuk falsafah kehidupan baru untuk mereka tetap hidup sihat bersama berat badan baru mereka.


Tak de lah meraba2 dalam kegelapan, tak tahu nak makan apa, dan tak tahu kenapa berat badan naik.


So mulalah tanya dari sekarang.

APAKAH FALSAFAH KESIHATAN YANG AKU PEGANG?


CoachAllenAsriah

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *