APA RAHSIA MEREKA BOLEH TURUN BERAT BADAN?

Coach nak share, apa sebenarnya rahsia mereka boleh turun berat badan bila ikut Program Kurus 21 Hari bersama Team BestNyeKurus.

Salah seorang coachee yang baru join program bulan April, dah pernah turun berat badan sebelum ini sebanyak 21kg! Kenapa dia join?

Sebab dia dah stuck selama 7 bulan. Dia dah tak boleh turun di bawah 63kg. Dia berharap bila ikut Online Coaching Program ini, boleh bantu dia turun lagi ke 58kg.

Alhamdulillah, seminggu dah ikut coaching program, dia berjaya turunkan berat badannya sebanyak 800g.

Hasil ini adalah tidak tipikal. Hasil individu berbeza-beza

Bagi coach, ini adalah result yang bagus. Fasa yang mencabar bila seorang itu dah turun lebih 20kg dan dia hanya perlu turun 10kg lagi. Fasa inilah di mana penurunan akan berlaku sedikit demi sedikit. Turun 800 gram itu adalah petanda yang baik badan memberi respon positif setelah 8 bulan tidak berubah.

Ada 2 lagi coachee baru join untuk bulan April juga mendapat result positif.

Hasil ini adalah tidak tipikal. Hasil individu berbeza-beza
Hasil ini adalah tidak tipikal. Hasil individu berbeza-beza

Hati coach mana tak sejuk melihat coachee turun berat badan dan mendapat result. Moga Allah permudahkan mereka mendapat berat badan sihat yang mereka inginkan.

Bagi mereka yang ongoing, mereka juga tak kurang mendapat result mingguan yang positif.

Apa Rahsianya?

Simple je. Sini coach akan share beberapa kunci kepada kejayaan mereka.

Ikut Cakap Coach

Biasanya coachee dari pelbagai latar belakang join program akan membawa sedikit sebanyak pengalaman lepas mereka ke dalam program. Kadang ini akan mengganggu fokus mereka untuk belajar benda baru.

Kerja seorang coach memastikan mereka dapat belajar benda baru yang akan memberikan mereka result. Kami tegas dan ‘straigth to the point’ dalam masa yang sama tidak merendahkan kemampuan mereka.

Hasilnya mereka lebih mudah belajar serta termotivasi untuk berubah.

Makan Ikut Portion Betul

Kami menekankan kepada konsep MUDAH dan JELAS. Siapa yang sediakan makanan cara mudah, iaitu Karbo, Protein & Sayur pelbagai warna, insyaAllah dia akan mendapat result turun berat badan. Tak ada rahsia apa lagi. Tapi ada syarat:

MUDAH, JELAS dan BERTERUSAN. Ini sangat penting.

Bila coachee berada dalam group, melihat ramai yang pos makanan sihat semasa lunch, mereka sama-sama bersemangat untuk teruskan. Esok, pos lagi. Lusa pos lagi.

Kalau diet seorang-seorang, mungkin ramai tidak mampu untuk istiqamah, sebab dia tidak ada point rujukan untuk dia berpegang setiap hari. Cepat patah semangat bila buat kerja seorang-seorang.

Makan 5 Kali Sehari. WAJIB!

Ramai orang nak turun berat badan ingat kena tahan makan. Skip breakfast, skip lunch atau skip dinner. Tak turun pun berat badan. Malah naik lagi.

Cara kami, lebih tekun mereka ikut jadual makan, lebih mudah mereka turun berat badan. Amacam? Suka? Boleh makan nasi, buah, roti, yogurt, peanut butter, dan pelbagai.

Yang best lagi, turun berat badan cara ni memastikan coachee sentiasa bertenaga dan tidak mengganggu pekerjaan mereka setiap hari.

Bertenaga dan semakin kurus!

Timbang Setiap Minggu

Setiap hari isnin, mereka dikehendaki untuk hantar result timbang dengan mengambil gambar sambil berdiri atas penimbang. Ini lagi membuatkan mereka bersemangat untuk menjaga pemakanan mereka sepanjang minggu sebab mereka tahu mereka akan menghantar result timbang mereka.

Ditambah lagi dengan melakarkan graph penurunan setiap minggu, mereka lebih bersungguh-sungguh menjaga pemakanan sebab tak mau lihat graph mereka menaik.

Cukupkan Minum Air

Ramai coachee yang baru pada mulanya sukar minum air mencukupi. Tetapi bila bersama kawan-kawan dalam group, mereka turut bersemangat untuk mencukupkan pengambilan air setiap hari.

Bila air cukup, sekurang-kurangnya 3 liter sehari, ia akan membantu dalam menurunkan berat badan.


Begitulah sedikit sebanyak cara boleh membantu mereka yang join program untuk turun berat badan. Konsep kami mudah je. Semua orang boleh buat. Tapi bukan semua orang boleh kerja tanpa group.

Kalau dah tahu kelemahan sendiri perlu pinjam semangat dari kawan-kawan seperjuangan, kenapa nak lawan juga buat sendiri. kalau 10 tahun macam tu je, nak buat apa?

Itu sebenarnya gunanya Online Coaching Program. Kami menyediakan ruang untuk coachee belajar dan amalkan perkara baru yang mereka belajar dalam suasana yang lebih ada support dan motivasi untuk berjaya.

This entry was posted in Meal Plan, Testimonial, Tips Turun Berat Badan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *